Ramai di kalangan saudara Muslim pada masa kini
sudah lupa akan apakah yang dimaksudkan dengan sebenar-benarnya beragama Islam.
Ternyata betul percakapan sesetengah orang berkenaan "Islam" itu hanya perkataan
yang terletak pada Kad Pengenalan mahupun hanya menjadi agama yang diikuti
kerana sebaik dilahirkan sudah beragama Islam (mengikuti agama ibubapa).
Bagaimana pula dengan yang tidak dilahirkan
sebagai Islam? Mereka sudah pasti hanya menganuti ajaran yang dibawa sejak nenek
moyang mereka lagi. Mereka tidak bertuah seperti kebanyakan yang sememangnya
dilahirkan beragama Islam. Tetapi adakah kita menghargai dan menjaga agama kita?
Adakah kita rasa bersyukur dengan hidup dan dilahirkan sebagai Islam? Sama-sama
kita renungkan...
Satu lagi fenomena yang kita lihat sekarang
menjadi budaya negatif di kalangan orang-orang Islam di Malaysia adalah mereka
tidak mengalu-alukan kedatangan saudara baru yang menjadi sebahagian daripada
kita. Sepatutnya kita meraikan kedatangan mereka. Jika tidak dapat diraikan
cukup sekadar gembira dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah. Ini tidak,
terbalik pula jadinya... Kita pula yang menjadi penghalang dan bukannya menjadi
dorongan kepada mereka. Kita berperasangka buruk dan menganggap mereka itu
memeluk agama Islam kerana bersebab samada isu duit, kahwin dan sebagainya. Kita
harus buang buruk sangka tersebut kerana bukan setiap orang yang beruntung
diberikan hidayah daripada Allah swt untuk berada di jalan yang benar. Tidak
kira la sebab apa mereka memeluk Islam, kita sebagai saudara seagama mereka
sepatutnya menghulurkan bantuan dan membantu dari segi pemantapan aqidah,
ibadah, kebajikan dan sebagainya.
Kita sepatutnya memikirkan jika kita berada di
tempat mereka. Mereka sudah melepaskan segala-galanya dengan mengambil langkah
untuk memilih agama. Jadi kita seharusnya menyokong mereka. Menjadi tempat
rujukan mereka, bukannya berperasangka buruk terhadap mereka. Mereka
meninggalkan agama anutan mereka selama ini dan memilih Islam kerana telah
mendapat hidayah daripada Allah swt. Sudah menjadi tugas kita untuk membimbing
mereka supaya berada di jalan yang benar. Bukannya membiarkan mereka terumbang
ambing tanpa haluan dan panduan. Astagfirullah... Bahkan ada saudara baru yang
memohon untuk keluar daripada Islam kerana mereka ini tidak disampaikan dengan
ajaran yang betul dan dibiarkan begitu sahaja.
Sedarkah kita yang giat membantu mereka dan
cuba menyesatkan mereka dengan cara yang halus adalah orang-orang beragama lain?
Tidakkah kita merasa bertanggungjawab terhadap hal ini? Atau dibiarkan sahaja
mereka ini murtad? Kerana orang Islam tiada untuk membantu? Atau kerana kita
tidak ada dana? Jika begitu apa pula fungsi Jabatan Agama Islam di setiap
negeri? Jangan hanya meletakkan tanggungjawab ini di bahu mereka yang bekerja di
jabatan agama tapi tepuk dada tanya hati apa yang telah kita buat untuk
agama.
Saya berharap kita sama-sama la mengubah cara
pandangan kita terhadap saudara baru dan mulakan dengan mengalu-alukan mereka
seperti ahli keluarga kita bahkan Islam menggalakkan kita untuk berkasih sayang
antara satu sama lain asalkan menjaga batas-batas yang telah ditetapkan. Hanya
Allah yang Maha Mengetahui...
Wallahu A'lam Bisowof
Created by,
Admin Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi komen di blog ini. Harap Jengok2la lagi blog ini ok.. B4 keluar dari blog ini,jadilah Pengikut dulu yerkk.. Salam