Surah Taha adalah surah yang
ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali
dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat
kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5
yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum
lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam
pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW.
Beliau seorang yang berani
semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang
sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari
lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah
semangat.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w.
mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan
ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling
kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam,
semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau
bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik
perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah
adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah
dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau
meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran
kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al
Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.
Selepas peristiwa terbabit,
beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia
menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir
tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa
al-Rasyidun.
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas
yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam,
Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di
antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana
dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku
bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran
?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Benar"
Aku berkata lagi: "Kenapakah
kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian kami masuk ke
Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah
(berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan
perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu
Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq!
Dengan islamnya Umar, maka
umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani
solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas.
Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang
sedang beribadah kerana takut kepada Umar.
Bacaan Untuk
Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan
dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang
menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami
sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...
Created by,
ADMIN BLOG
5 September 2012M bersamaan 18 Syawal 1433H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana sudi komen di blog ini. Harap Jengok2la lagi blog ini ok.. B4 keluar dari blog ini,jadilah Pengikut dulu yerkk.. Salam